Puteri Maria, kerabat pertama maut akibat Covid-19


SEORANG
kerabat diraja Sepanyol meninggal dunia selepas dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19), lapor portal Metro.co.uk

Puteri Maria Teresa berusia 86 tahun yang juga sepupu Raja Sepanyol, Felipe VI, meninggal di Paris pada Jumaat. Berita kematian Maria diumumkan adik lelakinya, Putera Sixtus Henry.

Profesor Sociologi di Complutense Universiti di Madrid, Sepanyol itu merupakan individu pertama dalam kalangan kerabat diraja yang maut akibat wabak itu

Puteri Maria daripada kerabat diraja Bourbon-Parma, dilahirkan di Paris, Perancis pada 28 Julai 1933 kepada ibu bapa, Putera Xavier dan Madeleine de Bourbon.

Beliau turut diberi jolokan ‘Puteri Merah’ (Red Princess) kerana aktif memperjuangkan hak wanita dan idea sosialis.

Sementara itu, pewaris takhta Britain, Putera Charles turut disahkan positif wabak itu sebelum ini.

Bagaimanapun, jurucakap istana memberitahu Putera Charles mempunyai simptom ringan jangkitan itu tetapi kekal dalam keadaan sihat.

Post a comment

0 Comments