Kanak-kanak maut dipercayai didera


SEORANG
kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun dilapor meninggal dunia  dipercayai didera pengasuhnya di Johor.

Difahamkan, kanak-kanak itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) ketika sedang mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Azhan Abdul Halim berkata polis menahan pengasuh berumur 33 tahun itu bersama suaminya yang berumur 41 tahun bagi membantu siasatan.

Tambah Azhan, siasatan awal turut mendapati abang mangsa yang berumur 6 tahun turut dipercayai didera berdasarkan kesan lebam pada badannya.

“Pihak polis berjaya menyelamatkan abang mangsa dan dia kini sedang dirawat di hospital sama. Hasil pemeriksaan mendapati, dia berada dalam keadaan stabil,” katanya menerusi kenyataan.

Azhan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana dera.

Ibu kepada 2 kanak-kanak berkenaan dilapor menyerahkan anaknya kepada pengasuh terbabit untuk dijaga kerana bekerja.

Post a comment

0 Comments