S'wak tutup semua pintu sempadan



KERAJAAN Negeri Sarawak hari ini membuat keputusan drastik menutup semua pintu sempadan negeri itu berkuat kuasa serta-merta.

Tindakan itu dibuat dipercayai susulan gelombang kedua koronavirus yang semakin tidak terkawal.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu diputuskan selepas mengadakan mesyuarat bersama Majlis Keselamatan Negeri Sarawak pada Sabtu.

Bagaimanapun difahamkan, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQ) antara Sarawak dan Brunei iaitu Sungai Tujuh, Tedungan, Pandaruan dan Mengkalap akan dibuka dari jam 6 pagi hingga 8 malam.

"Manakala CIQ antara Sarawak dan Kalimantan iaitu Tebedu, Biawak dan Lubok Antu akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 3 petang," katanya.

Abang Johari turut memaklumkan, langkah menutup pintu sempadan itu  sudah dipersetujui negara jiran Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.

Terdahulu seorang paderi di Sarawak menjadi korban pertama wabak itu di Malaysia.

Mangsa berusia 60 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak di Kuching pada Selasa.

Post a comment

0 Comments