Tablighi Jama'at didakwa ingkar permintaan pemerintah


KETIKA
pedemik koronavirus (Covid-19) semakin memburuk, ribuan tabligh dari seluruh Asia dilapor mula berhimpun di Sulawesi, Indonesia.

Pegawai wilayah,  Arifuddin Saeni yang dipetik laporan media mengesahkan Ijtima Dunia 2020 anjuran Tablighi Jama'at tersebut sudah bermula walaupun ketua polis mendakwa mereka sudah membuat usaha terakhir untuk memujuk penganjur membatalkan perhimpunan itu.

Penganjur turut dilapor berdegil dan menolak permintaan rasmi pihak berkuasa supaya menangguhkan acara tersebut.

Dianggarkan  ketika ini terdapat hampir 10,000 telah menyertai perhimpunan tersebut di Gowa berhampiran bandar Makassar.

"Jumlah mereka dijangka bertambah. Mereka datang dari 48 negara termasuk Thailand, negara Arab, India dan Filipina," jelas Arifuddin.

Terdahulu, Malaysia digemparkan dengan pertambahan kes jangkitan koronavirus susulan pertemuan jemaah tabligh di Petaling Jaya pada 27 Feb – 1 Mac lalu.

Daripada kira-kira 700 kes koronavirus yang disahkan di Malaysia, hampir 2/3 dikaitkan dengan pertemuan 4 hari itu

Seorang peserta rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang menghadiri acara itu meninggal dunia pada Selasa.

Sementara itu di Gowa, seorang penganjur Mustari Bahranuddin ketika disoal tentang risiko peserta menyebarkan wabak itu dikalangan peserta himpunan berkata, mereka hanya takutkan ALLAH.

"Kami lebih takutkan ALLAH. Naluri manusia lebih takutkan penyakit dan kematian," katanya. 

Post a comment

0 Comments