Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran


TIGA
sekeluarga ditemukan rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kamunting, awal pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak yang dipetik laporan Bernama berkata, mangsa dalam kebakaran kira-kira pukul 1 pagi itu dikenali sebagai Jazmaniza Man, 35; Mohd Anaz Rizki Mohd Khairul, 4, dan Nur Aulia Medina, 3.

Manakala suami Jazmaniza, Mohd Khairul Ismail, 38; anak pasangan terbabit, Muhamad Afiq Aryan, 6; dan adik Jazmaniza, Jamal Azwan, 33 cedera.

"Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 1.20 pagi.

"Apabila jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dengan dibantu anggota dari balai Taiping tiba di lokasi, rumah itu telah terbakar 80 peratus," katanya dalam satu kenyataan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, sementara yang cedera dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.

Operasi pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya kira-kira jam 4.40 pagi tadi.

Post a comment

0 Comments