Tun M merasa dikhianati


BEKAS
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan Perdana Menteri sebenar kerana beliau tidak mendapat sokongan majoriti dalam Parlimen.

Pendirian itu disuarakan Dr Mahathir, kurang dua jam setelah Muhyiddin mengangkat sumpah perdana menteri kelapan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Tan Sri Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri baharu,” katanya pada persidangan akhbar yang diadakan di Yayasan Albukhary di sini.

Dr Mahathir sementara itu menzahirkan rasa kecewa terhadap sikap Muhyiddin Yassin yang didakwa telah mengkhianatinya.

Walaupun menganggap bekas seorang menteri dibawah pentadbiranya, Mohamed Azmin Ali mempunyai agendanya sendiri yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, Namun beliau merasakan telah dikhianati orang kepercayaanya sendiri.

“Azmin ada agenda sendiri tetapi saya rasa lebih dikhianati oleh Muhyiddin,” katanya lagi.

Sementara itu, Dr Mahathir turut menegaskan bahawa Muhyiddin menyalahkan DAP akibat kekalahan yang dialami Bersatu dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini antaranya di Semenyih dan Tanjung Piai.

“Dia jumpa saya dan beritahu tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan memujuk saya supaya Bersatu jauhkan diri dari DAP.

“Dia juga kata orang Melayu percaya bahawa DAP yang mengawal kerajaan bukan saya,” katanya.

Dr Mahathir menjelaskan beliau telah mencadangkan agar Bersatu diperkuatkan jika bimbang dengan pengaruh DAP. Namun katanya, dalam mesyuarat Bersatu baru-baru ini rayuannya agar tidak keluar HARAPAN tidak lagi diterima

“Bersatu keluar dan HARAPAN tidak lagi mempunyai majoriti,” jelas beliau.

Muhyiddin tambah Mahathir membentuk kerjasama dengan Muafakat Nasional dan menubuhkan kerajaan baru atas nama Perikatan Nasional.

Post a comment

0 Comments