10 hari saring penghuni mansion Jalan Masjid India


TEMPOH
10 hari diperlukan Kementerian Kesihatan Malaysia   untuk menyaring kesemua penduduk di kawasan Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion.

Dalam tempoh tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor HIsham Abdullah juga berharap proses nyahkuman dapat dilaksana pihaknya di kawasan terbabit.

“Kita menganggarkan (untuk Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion), setiap satu mempunyai 2,500 penduduk, menjadikan anggaran keseluruhan 5,000 penduduk. Kita harap, dengan pengesanan kes secara aktif (ACD), termasuk saringan, kita beri masa 10 hari untuk bersihkan kawasan itu.

“Kita harap dapat menjalankan proses nyahkuman, dalam tempoh tersebut kita akan pertingkatkan usaha ACD di sana,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham sebelumnya mengulas langkah yang bakal diambil kementerian itu susulan warta baharu Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di dua bangunan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur itu.

Perintah terbaharu itu dikeluarkan susulan  susulan 15 kes positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan dari kawasan itu.

Bangunan Selangor Mansion dan Bangunan Malayan Mansion merupakan PKPD keempat dilaksanakan selepas PKPD Kluang di Johor, PKPD Sungai Lui di Selangor, dan PKPD Menara City One di Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan, Di PKPD Kluang,terdapat pertambahan 11 kes, PKPD Sungai Lui pertambahan 11 kes dan di PKPD Menara City One pertambahan sebanyak enam kes.

Post a comment

0 Comments