150 kes baharu dikesan, 4 kematian dilaporkan



MALAYSIA  mencatatkan pertambahan empat kes kematian melibatkan koronavirus hari ini, menjadikan jumlah kematian setakat kini seramai 57 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, mereka yang terkorban ialah seorang perempuan berusia 85 tahun yang dirawat di IJN, Perempuan berusia 66 tahun yang dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kelantan.

Dua lagi kematian membabitkan lelaki tempatan berumur 56 tahun yang dirawat ke Hospital Umum Sarawak serta lelaki tempatan berumur 61 tahu yang dirawat di Hospital tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan, setakat 12 tengah hari tadi, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 3,483 kes.

"Daripada 150 kes ini, 80 adalah berkaitan dengan perhimpunan Seri Petaling. Sehingga kini, seramai 99 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Daripada jumlah tersebut, 50 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Manakala 88 individu dikesan positif koronavirus sebelum ini juga dilapor telah pulih.

"Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa terdapat 88 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 915 kes (26.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Post a comment

0 Comments