2 anggota tentera maut kereta dinaiki terbabas


SEORANG
pegawai dan anggota tentera maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan melanggar lori di Kampung Lebu, di Bentong semalam.

Memetik laporan Bernama, kedua-dua mereka dalam perjalanan perjalanan pulang ke Kem Tentera Darat Mempaga selepas pegawai terlibat selesai menghadiri mesyuarat di ibu negara.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, Mejar Mohd Shaiful Azhar Saad, 38, dari Baling, Kedah meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden pada jam 3.30 petang itu.

Keadaan kenderaan mangsa | Kredit - Bernama
Rakan setugasnya yang juga pemandu kenderaan terbabit meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Pemandu kereta Proton Saga milik Angkatan Tentera Malaysia, Koperal Azizul Azmy, 33, dari Ulu Kinta, Perak yang parah di kepala disahkan meninggal dunia pada jam 5.50 petang semasa menerima rawatan di Hospital Bentong,” katanya.

Kamarulzaman berkata, nahas jalan raya itu berlaku dalam keadaan hujan lebat dan menurutnya pemandu lori muatan barangan runcit yang berusia 39 tahun dari Terengganu terselamat dalam kejadian itu.

Post a comment

0 Comments