2 kematian baharu, fasa pertama PKP tunjuk hasil positif


KEMENTERIAN
Kesihatan hari ini melaporkan 2 kes kematian akibat koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan dua kematian itu membabitkan warga tempatan berumur 80 dan 62 tahun yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini meningkat kepada 45 orang sehingga kini. 

Menurutnya, kes kematian ke-44 merupakan perempuan tempatan berusia 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Mangsa sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac, disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 4.30 pagi.

Sementara Kes kematian ke-45 merupakan lelaki tempatan berusia 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac, disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 10.46 malam.

Sementara itu tambah Dr Noor Hisham, sebanyak 142 kes jangkitan baru dilaporkan hari ini berbanding 140 semalam, menjadikan jumlah mangsa 2,908 orang sehingga kini.

Dalam pada itu, seramai 108 mangsa jangkitan Covid-19 pulih dan dibenarkan keluar wad hari ini, yang tertinggi dalam sehari setakat ini, menjadikan bilangan pesakit yang sembuh 645 orang sehingga kini.

Sekarang ini, seramai 102 pesakit Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi.

“Daripada jumlah tersebut, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya pada sidang media hari ini. kitan virus ini,” katanya.

Sementara itu ketika mengulas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama yang dilaksanakan 2 minggu lalu, Dr Noor Hisham mengakui ia menunjukkan sedikit perkembangan positif.

Jelasnya, perkiraan itu dibuat berdasarkan graf jumlah positif Covid-19 yang mendatar dan tidak menunjukkan peningkatan mendadak.

Setakat ini, trajektori jumlah kes positif Covid-19 yang direkodkan adalah lebih rendah daripada yang diunjurkan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

"Jadi kita harap, fasa ke-2, kita dapat pertingkat strategi dan aktiviti kita terutamanya di kawasan ‘hotspot’ yang dikenal pasti," tegasnya.

Post a comment

0 Comments