60 peniaga Pasar Taman Megah bakal disaring


ENAM puluh peniaga Pasar Taman Megah SS24 di Petaling Jaya akan menjalani saringan koronavirus (Covid-19).

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata langkah itu dilakukan  selepas seorang peniaga sayur disyaki positif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berdasarkan data terdahulu, secara amnya sebanyak 30% daripada kontak rapat kes Covid-19 didapati positif.

“Dari situ, kita harap dapat kenal pasti mana-mana kes yang positif,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Media sebelum ini memaklumkan penutupan sementara pasar itu untuk kerja nyahjangkitan susulan jangkitan itu.

Ketika ditanya sama ada pelanggan tetap di pasar itu perlu menjalani saringan Covid-19 di klinik dan hospital, Hisham berkata mereka boleh berbuat demikian sekiranya mempunyai kontak rapat dengan kes tersebut.

“Apa yang lebih penting kita ingin nasihatkan mereka elakkan perhimpunan awam, jaga penjarakkan sosial dan pastikan mereka terus menjaga kebersihan diri,” jelas Dr Noor Hisham.

Post a comment

0 Comments