85% pesakit Covid-19 di Sabah tak tunjuk gejala


SEBILANGAN besar pesakit positif koronavirus (Covid-19) di negeri Sabah tidak menunjukkan gejala di peringkat awal.

Pengarah Kesihatan Sabah, Dr Christina Rundi berkata pihaknya mendapati 249 daripada 293 atau 85 peratus pesakit dikesan di negeri itu tidak menunjukkan gejala mereka dijangkiti pendemik berkenaan.

Susulan itu tegasnya,  individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar atau dalam negara perlu dikuarantin.

“Keadaan ini amat membimbangkan kerana mereka berpotensi menjangkiti kontak rapat tanpa disedari.

“Dalam usaha membendung penularan Covid-19, langkah kuarantin penting untuk memutuskan rantaian jangkitan agar virus itu tidak merebak dan menjangkiti orang lain,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu jelasnya, pihak kementerian  masih mengesan kes Covid-19 dalam kalangan mereka yang mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Amerika Syarikat.

“Begitu juga individu (dari) Sabah yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semenanjung kerana masih terdapat kes Covid-19 dilaporkan di sana.”

Setakat kini, 53 orang masih ditempatkan di 24 pusat kuarantin di seluruh Sabah.

Post a comment

0 Comments