Adham Baba dikecam warganet lagi



MENTERI Kesihatan dibawah pentadbiran Muhyiddin Yasin, Dr Adham Baba sekali lagi dikritik pengguna media sosial.

Ia susulan dakwanya bahawa beliau telah berhubung dengan 500 negara dalam mencari penyelesaiaan berhubung pendemik koronavirus (Covid-19) yang sekaligus diiktiraf pertubuhan kesihatan sedunia (WHO).

"Saya yakin bahawa apa yang saya buat telahpun diiktiraf dunia, datuk seri.

“Saya telah buat video conferencing dengan WHO (pertubuhan kesihatan sedunia), 500 negara eh, saya live," katanya dalam telesidang video bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi yang tular di laman Facebook.

Selain mengecam kenyataan mengelirukan itu, rata-ratanya warganet menjadikan kenyataan Adham itu sebagai bahan jenaka.

"Menteri ni tak layak duduk meja menteri kesihatan..byk sangat stementnya ntah apa..apa..terencat akal kut..atau ambil nakoba dah terlebih dos...hee..heee..teruk mamat ni..letak jawatan lah..malukan org kg ajer kamu ni," kata Ramli Subri dalam ruangan komen sebuah portal. 

Petikan komen di  Facebook sebuah portal
"Negara kt dunia ni pun baru 200 lbh buah. Mungkin dia video call sekali dgn planet lain kot," sindir Mohd Muzammil  pula.

Selain itu, beberapa anggota parlimen pembangkang juga dilihat menjadikan kenyataan Adham itu sebagai bahan ejeken.

“Salam 500 negara,” kata Anggota Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil secara sindiran di laman Twitter beliau hari ini.

Adun Ketari, Young Sefura Othman turut menyindir kenyataan Adham itu "Selamat pagi friends of Adham Baba. Dalam banyak-banyak 500 negara itu mana je korang penah pergi?”

Sebelum ini, Dr Adham turut menjadi bualan netizen apabila menggalakkan meminum air suam sebagai satu cara membendung Covid-19 sehingga dikecam dan dijadikan bahan jenaka.

Berdasarkan Worldmeter, terdapat 195 negara yang diiktiraf di dunia, bagaimanapun bagi Amerika Syarikat (AS), mereka hanya mengiktiraf 193 negara.

Dua negara yang tidak diiktiraf oleh AS itu ialah Taiwan dan Kepulauan Cook yang terletak di Lautan Pasifik dan terdiri daripada 15 buah pulau.

Post a comment

0 Comments