Ajal remaja pulang dari kerja


SEORANG 
remaja yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja maut terbabit kemalangan pagi tadi.

Dalam kejadian di Kilometer (KM) 46.5 Jalan Klang-Teluk Intan berhampiran Tanjung Karang itu, mangsa Zaki Darlis, 21, mengalami kecederaan parah di kepala.

Mangsa yang merupakan seorang pekerja kilang makanan sejuk beku dilapor meninggal di tempat kejadian. 

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa mengesahkan kejadian itu. Kejadian dianggar berlaku kira-kira 8.05 pagi

"Ketika tiba di tempat kejadian iaitu dari arah Teluk Intan menghala ke Kuala Selangor, motosikal mangsa dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam parit," katanya Ramli dipetik.

Susulan itu. mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk bedah siasat. Kes berkenaan juga disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Post a comment

0 Comments