Arab Saudi nasihat tangguh rancangan tunai haji


UMAT
Islam digesa untuk menangguhkan sementara rancangan untuk menunaikan ibadat haji sehingga wabakkoronavirus (Covid-19) benar-benar dapat dikawal.

Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Mohammed Saleh Benten yang dipetik laporan AFP berkata, walaupun pemerintah Arab Saudi bersedia menerima jemaah haji dan umrah namun dalam keadaan dunia berdepan ancaman wabak tersebut, kerajaan mahu melindungi kesihatan umat Islam.

“Oleh itu, kita meminta umat Islam di semua negara untuk menunggu sebelum melakukan haji sehingga keadaannya jelas,” katanya kepada stesen televisyen Al-Ekhbariya di negara itu.

Sementara itu dalam usaha mengawak penularan wabak itu, kerajaan Arab Saudi juga telah menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah.

Bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan koronavirus.

Sebagai rekod, kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Makkah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. 

Post a comment

0 Comments