Bakul makanan: Rina Harun digesa telus

 
MENTERI Wanita dan Keluarga, Rina Harun digesa berterus terang mengenai status pengedaran bantuan makanan untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40).

Ahli Parlimen Iph Barat, M Kula Segaran membuat gesaan itu melalui satu kenyataan disusuli dakwaan bahawa kawasannya belum terima 1,000 bakul makanan seperti dijanjikan pentadbiran Muhyiddin sebelum ini.

“Kita sedang dalam fasa ke-4 perintah kawalan pergerakan tetapi kami belum terima apa-apa,” katanya.

Menurut Kula, terdapat kira-kira  1,500 keluarga memohon bantuan. Pihaknya berjaya menghubungi lebih 200 keluarga, di samping menaja 3 badan bukan kerajaan yang bekerja keras untuk mengedarkan makanan kepada 1,500 orang setiap hari.

Tambahnya, tanpa sumber dan tenaga manusia daripada kerajaan dan kementerian berkenaan, pihaknya berdepan kekangan membantu keluarda B40 terutama di kawasan dengan penduduk hampir 200,000 orang itu.

Pihaknya juga jelas Kula ada bertanyakan ke mana barang makanan diedarkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di daerah Kinta.

“Jawapannya menyedihkan dan menghampakan: Bantuan makanan diedarkan kepada Umno, PAS, dan PPBM bahagian," dakwa Kula.

Sehubungan itu, beliau menggesa kementerian diterajui Rina lebih perihatin terhadap nasib rakyat terutama di kawasannya.

“Untuk sekali ini, saya minta kita semua ketepikan hubungan politik kita buat seketika,

"Banyak keluarga dan anak-anak yang akan tidur kelaparan semasa tempoh sukar ini," tegas bekas menteri sumber manusia .
 

Post a comment

0 Comments