Bas kilang rempuh pokok, 18 pekerja kilang cedera


SERAMAI
18 pekerja kilang elektronik di Johor nyaris maut apabila bas yang dinaiki terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di Jalan Senai semalam.

memetik laporan Sinar, kejadian itu berpunca dari tayar depan kanan bas kilang berkenaan yang pecah. Dalam kejadian kira-kira jam 6.40 pagi itu, pemandunya hilang kawalan lalu merempuh pokok di tengah pembahagi jalan dan memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, akibat pelanggaran tersebut, seramai 18 pekerja wanita warga Indonesia berusia 20-an hingga 30-an dari Taman Universiti, Skudai cedera.

"Bas kilang berkenaan membawa pekerja terbabit dari Taman Universiti menghala ke Kilang Panasonic Perindustrian Senai.

"Lapan pekerja sudah dihantar ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan kerana mengalami luka-luka kecil akibat terkena pecahan cermin dan masih mendapat rawatan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a comment

0 Comments