Bekas menteri DAP gembira bekas pengkritik teruskan dasar


AHLI
Parlimen Seputih, Teresa Kok gembira dengan keputusan pentadbiran Muhyiidn meneruskan dasar penanaman buluh seperti yang pernah diutarakanya sebelum ini.

Kenyataan itu susulan pengumuman Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Khairuddin Aman Razali mengenai perkara itu mestipun Khairuddin sendiri menurutnya pernah mengkritiknya dikemuka Teresa.

“Saya gembira kerana Khairuddin meneruskan dasar dan hala tuju penanaman buluh yang diperjuangkan oleh saya dan Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB) tahun lepas.

"Saya percaya menteri baru telah menyedari bahawa kenyataanya yang membidas cadangan saya pada tahun lepas (3 Mac 2019) agak kurang cerdik," katanya dalam satu hantaran di Facebooknya malam tadi.

Teresa yang merupakan bekas menteri industri utama ketika era Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelum ini dikritik keras susulan cadangan itu oleh penyokong dan pemimpin Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Memetik Malaysiakini, Khairuddin pada 3 Mac 2019 di Facebooknya mempersoalkan idea penanaman buluh secara besar-besaran yang dikemukakan Teresa.

Khairuddin yang ketika itu pembangkang menyifatkan cadangan penanaman buluh adalah untuk menyorok kelemahan ekoran kegagalan menangani kejatuhan harga minyak sawit.

"Mereka berusaha menyembunyikan kegagalan mereka dalam mengelola harga pasar minyak sawit hingga harganya turun begitu banyak dengan mengemukakan idea baru, yang mereka anggap 'masuk akal'," tulis Khairuddin.

Semalam, Khairuddin dalam satu kenyataan media berkata saiz pasaran global bagi produk buluh dianggarkan berjumlah AS$68 bilion (RM295 bilion) pada 2018.

Justeru katanya, kementerianya memberi penekanan ke atas pembangunan industri buluh sebagai program game changer dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kerana industri itu  mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan dan dimajukan di negara ini.

Sementara itu, Teresa berkata beliau sedia membantu Khairuddin ataupun kerajaan bagi nasihat dan pendapat berhubung industri tersebut.

"Sekiranya Khairuddin ingin mendapat pandangan dan cadangan saya tentang pelaksanaan penanaman buluh ataupun isu-isu lain di bawah kementeriannya, saya akan sudi membantu," katanya lagi.

Post a comment

0 Comments