Bekas menteri kesihatan bidas Adham Baba


BEKAS
Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad membidas kenyataan Adham Baba yang cuba menyalahkan kerajaan terdahulu sebagai punca penularan wabak koronavirus (Covid-19)  melibatkan kluster jemaah tabligh.

Tegas Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, Adham sepatutnya kepada Muhyiddin Yassin yang adalah Menteri Dalam Negeri (KDN) semasa pentadbiran itu.

“Umum mengetahui pihak yang bertanggungjawab beri (kelulusan) himpunan besar sama ada Thaipusam, himpunan agama Hindu di Pulau Pinang, termasuk himpunan tabligh adalah menteri dalam negeri, iaitu perdana menteri ke-8 pada masa ini.

“Menteri kesihatan wajar tanya kepada perdana menteri sekarang ini kenapa diizinkan himpunan tabligh itu atau menterinya (ketika itu) tertumpu kepada agenda lain,” katanya dipetik laporan FMT.

Sebagai rekod,  Himpunan tabligh di Masjid Sri Petaling diadakan pada 27 Feb hingga 3 Mac lepas membabitkan lebih 14,000 peserta.

Pada 24 hingga 29 Feb, negara berdepan krisis politik yang menyaksikan pentadbiran negara kemudiannya bertukar secara mengejut susulan langkah Sheraton.

Pada 1 Mei,Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri setelah mendapat sokongan beberapa pemimpin pembangkang dan ahli parlimen dari beberapa parti yang berpaling tadah. Adham kemudiannya dilantik sebagai menteri kesihatan mengangkat sumpah pada 10 Mac dibawah pentadbiran bekas menteri KDN itu.

Sementara itu, Dzulkefly berkata, sangat malang bagi Adham membangkitkan isu ini pada saat rakyat mengharapkan kepimpinan tegas dan naratif yang jelas daraipada menteri kesihatan.

Adham jelasnya cuba mengalihkan isu melibatkan timbalannya yang tular sebelum ini kerana tidak mengamalkan penjarakan sosial apabila menghadiri satu jamuan di Perak semalam.


“Ini bukan masa nak berpolitik. Ini masa semua pihak sama-sama tangani isu Covid-19. Jangan kita main politik pada saat ramai yang berkorban untuk tangani Covid-19,” kata Dzul lagi.

Post a comment

0 Comments