BERSATU Johor jadi mangsa 'langkah Sheraton'?


DUA pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) di Johor menyifatkan parti Bersatu di negeri itu 'mangsa keadaan' akibat percaturan politik "Langkah Sheraton".

Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali dan Adun Pulai Sebatang, Taqiuddin Che Man dalam satu kenyataan bersama berkata, tindakan  Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin merelakan Umno mengetuai kerajaan negeri Johor akhirnya  telah melemahkan parti itu sendiri

Akibat keputusan itu, Bersatu jelasnya hilang kerusi menteri besar kepada bekas musuh politik mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

"Bersatu Johor menjadi 'korban' paling sadis dalam sejarah pengkhianatan ini.

"Meskipun mungkin ia adalah 'barter trade' untuk membolehkan Muhyiddin 'proceed' dengan jawatan sebagai ketua kerajaan di peringkat persekutuan.

"Mungkin pada peringkat awal lagi, Bersatu Johor sepatutnya boleh mencontohi Kedah yang mengambil sikap berkecuali daripada mengikuti formulasi penjajaran semula politik di peringkat persekutuan yang membentuk Perikatan Nasional (PN)," jelas mereka.

Umno juga tegas mereka mengambil peluang dari kesilapan 'langkah sheraton' itu bagi mengukuhkan semula kedudukan parti itu di Johor.

"Langkah Muhyiddin dan rakan-rakan 'Sheraton' ibarat bonus yang mempercepatkan gerak kerja Umno untuk kembali ke tampuk kuasa yang pastinya mewariskan politik lapuk," kata mereka.

Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin yang dipetik media sebelum ini mengakui gabungan PN di negeri itu rapuh.

Turut dilapor berlaku pertikaiaan berhubung pembahagian jawatan antara Umno dan Bersatu di negeri itu. 

Sumber dalaman Bersatu berkata, mereka mahukan persefahaman bukan sahaja dari segi saling menghormati tetapi diterjemahkan dalam bentuk pengagihan jawatan yang sepatutnya diagihkan sama rata.

Post a comment

0 Comments