BPN terdedah pada kesilapan sistem - Fuziah


SEORANG
lagi Ahli Parlimen menggesa agar sistem Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diluluskan secara automatik di perbaiki.

Fuziah Salleh yang mewakili rakyat Kuantan terkejut apabila semakan mendapati dirinya turut "lulus" untuk menerima bantuan berkenaan.

Jelasnya, sistem digunakan terbuka kepada kesilapan sistem yang serius dan khuatir jika bantuan ini tersilap disalurkan kepada mereka yang tidak layak untuk menerimanya.

"Selepas tular berita berkenaan anggota parlimen, menteri, isteri mantan perdana menteri, serta mantan timbalan menteri yang telah menerima kelulusan BPN, maka saya terpanggil untuk membuat semakan diatas talian untuk diri sendiri.

"Dapatan saya sungguh mengejutkan kerana saya juga didapati lulus untuk menerima bantuan tersebut.

"Ingin saya jelaskan bahawa saya bukan penerima Bantuan sara Hidup (BSH) dan juga saya tidak pernah memohon untuk BPN," kata bekas timbalan menteri di JPM itu dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Fauziah berkata persoalan timbul bagaimana beliau dan individu lain yang tidak layak menerima BPN tersenarai sebagai penerima bantuan.

"Kesilapan ini mungkin melibatkan lebih ramai individu lain juga. Memandangkan bayaran akan di buat secara terus, saya khuatir, ramai yang tidak menyemak dan tersalah terima.

"Sumber negara harus di gunakan sebaik mungkin dalam keadaan kita memerangi Covid-19 dan kita sebagai negara tidak mampu untuk membuat kesilapan begini," katanya dipetik Malaysiakini.

Difahamkan sebelum ini, warganet menggunakan nombor kad pengenalan Rosmah Mansor bagi kegunaan mahkamah untuk membuat semakan dan mendapati mendapati bahawa isteri bekas perdana menteri itu lulus menerima BPN.



BACA: BPN: Mahfuz nak belanja Najib, derma untuk tabung guaman

Selain Rosmah, beberapa ahli parlimen lain antaranya Mahfuz Omar (RM1,000) dan dan Ahli Parlimen Dungun Wan Hassan Mohd Ramli (RM1,600) juga didapati turut layak menerima bantuan tersebut.

Post a comment

0 Comments