Covid-19: Jumlah korban hampiri 50 ribu orang


HAMPIR 1 juta orang telah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) setakat kini.

Agensi berita antarabangsa AFP yang memetik sumber rasmi hari ini mendedahkan kira-kira 905,580 kes jangkitan telah disahkan di 187 negara dan wilayah sejak bermulanya penularan wabak berkenaan sejak Disember tahun lalu.

Bagaimanapun apa yang lebih menakutkan ialah angka kes jangkitan itu cuma mewakili sebahagian daripada jumlah sebenar. Kebanyakan negara masih melakukan ujian saringan terhad kepada mereka yang memerlukan rawatan lanjut di hospital.

Statistik dikeluarkan dua hari lalu mencatatkan 77,241 kes baharu direkodkan di seluruh dunia.

Dalam laporannya juga AFP berkata, berdasarkan sumber tersebut pedemik itu telah mengorbankan 45,719 penduduk dunia.

Negara yang merekodkan kematian terbanyak dalam masa 24 jam lalu adalah Amerika Syarikat (AS) dengan 1,035 disahkan meninggal dunia, diikuti Sepanyol seramai 864 dan Itali (727).

Itali yang merekodkan kes kematian pertama berkaitan COVID-19 di negara itu pada penghujung Februari lalu, setakat ini melaporkan 13,155 kematian dengan kes jangkitan keseluruhan sebanyak 110,574.

Manakala Sepanyol pula mencatatkan 9,053 kematian daripada kes keseluruhan sebanyak 102,136, AS dengan 4,476 kematian daripada 203,608 kes. 

Ketika ini, kes kematian dan jangkitan di kebanyakan negara terus melonjak, antaranya di Eropah merekodkan 33,245 kematian daripada 490,484 kes.

Di Asia pula sebanyak 3,942 kes kematian dicatatkan daripada keseluruhan 110,570 kes. Manakala di Asia Barat, lebih 3,160 kematian daripada 59,541 jumlah kes jangkitan.

Selain itu, Afrika turut terkesan dengan 223 kematian daripada 6,198 kes, manakalaOceania mengesahkan 24 kematian daripada 5,579 kes berkaitan pandemik COVID-19.

Post a comment

0 Comments