Covid-19: Jumlah korban melebihi 160,000 orang


JUMLAH
korban akibat pendemik koronavirus (Covid-19) di seluruh dunia terus meningkat dengan 160,518 nyawa terkorban, menurut Johns Hopkins University.

Memetik laporan agensi berita Anadolu, Amerika Syarikat (AS) kini menjadi negara paling teruk diancam virus maut itu.

Data dari Johns Hopkins menyatakan sebanyak 734,550 kes jangkitan dilaporkan di AS dengan korban di negara itu sahaja telah melebihi 38,830 kematian.

Itali yang sebelum ini mencatatkan jumlah kes tertinggi sebelum AS mencatatkan bilangan kematian kedua tertinggi dengan 23,227 kes.

Manakala Sepanyol merekodkan kes jangkitan kedua paling banyak iaitu melebihi 194,410.

Sementara itu menurut Johns Hopkins lagi, jumlah kes jangkitan dan pesakit pulih di seluruh dunia ketika ini pula masing-masing berjumlah 2,328,124 dan 594,192.

 

Post a comment

0 Comments