Covid-19: Malaysia catat kematian ke-99


HARI
ini, Malaysia mencatatkan satu lagi kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang medianya siang tadi memaklumkan,  kes kematian ke-99 (kes ke-4087) itu melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 78 tahun.

Mangsa jelasnya mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan strok dan telah dirawat di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Johor pada 7 April.

Mangsa jelasnya disahkan meninggal dunia pada 27 April jam 4.31 pagi

Sementara itu, 40 lagi kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah jangkitan yang direkodkan ialah sehingga kini sebanyak 5,820 kes.

Mengambil kira 3,957 atau 67.9 peratus yang telah sembuh termasuk 95 lagi hari ini, jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia ketika ini berjumlah 1,764 kes.

Daripada jumlah yang dirawat itu tambah Dr Noor Hisham, seramai 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 17 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments