Covid-19: Pasar Besar Bahau ditutup sementara


SELEPAS
Pasar Taman Megah SS24 di Petaling Jaya, satu lagi pasar ditutup sementara susulan wabak koronavirus (Covid-19).

Pasar Besar Bahau di Negeri Sembilan ditutup selama 14 hari bermula hari ini sehingga 10 Mei depan bagi kerja-kerja pembersihan setelah seorang peniaga disahkan positif wabak itu.


Sehubungan itu, Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, Teo Kok Seong turut menggesa peniaga dan pekerja di pasar besar berkenaan diminta memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjalani saringan bermula pada jam 8 pagi ini di Medan Niaga Bahau.

“Bagi orang awam yang pernah berkunjung ke Pasar Besar Bahau, saya ingin nasihatkan jika ada simptom seperti sakit tekak, batuk atau demam, boleh hadir ke Klinik Kesihatan Bahau.

"Di sana petugas kesihatan sudah siapkan satu kaunter khas untuk tujuan pemeriksaan,” kata dalam sidang video di Facebook semalam.

Beliau turut meminta penduduk di sekitar Bahau tidak panik dengan situasi yang berlaku di kawasan berkenaan.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Jempol, Syahrul Nizam Saleh dalam kenyataan berkata, seorang peniaga berumur 44 tahun disahkan positif Covid-19 pada 24 April lalu dan dipercayai daripada kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

Post a comment

0 Comments