Dari Shah Alam, lelaki jalan kaki balik Tanah merah


SEORANG
lelaki nekad berjalan kaki dari Shah Alam, Selangor pulang ke rumahnya di Tanah Merah, Kelantan.

Dipetik laporan Sinar, lelaki yang dikenali sebagai Muhamad Nor Ramlee, 29, itu sebelum ini difahamkan bekerja sebagai tukang masak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Menurut isterinya, Siti Nur Fatend Sefeai, 29, beliau hanya mengetahui tindakan suaminya itu melalui menerusi status yang dimuat naik di Facebook semalam.

Beliau turut menyatakan rasa terkejut dengan tindakan nekad suaminya tu.

"Saya terus menghubungi suami dan dia memberitahu sudah berada di Ipoh, Perak," katanya dipetik laporan itu.

Bagaimanapun menurut Nur Fatend, beliau tidak pasti sama ada suaminya itu berjalan kaki sepenuhnya atau ada menumpang kenderaan sepanjang perjalanan untuk pulang ke Tanah Merah ketika umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.

Difahamkan juga, Nor Ramlee berdepan sedikit kesukaran setelah kontraknya sebagai tukang masak tamat.

"Kontraknya tamat pada 16 Mac lalu dan selepas itu dia bercadang untuk terus pulang ke rumah.

"Bagaimanapun dia terpaksa menangguhkan hasrat itu kerana masih belum menerima gaji dan kebetulan dua hari kemudian PKP dilaksanakan.

"Situasi itu menyebabkan suami tidak dapat pulang ke kampung seperti yang dirancang," katanya menurut laporan tersebut.

Siti Nur Fatend berkata, dia telah ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk mendapatkan surat kebenaran mengambil suaminya tetapi polis tidak meluluskan permohonan berkenaan.

Dia yang reda dengan keputusan itu dan berharap suaminya tiba di Tanah Merah dalam keadaan selamat dan sihat.
 
Difahamkan, bapa kepada 3 anak itu kini berada di Gerik dan menggunakan telefon bimbitnya itu untuk membaca aplikasi GoogleMaps bagi melancarkan pergerakan pulang ke Tanah Merah

Post a comment

0 Comments