Ditemukan meninggal selepas mengadu tak makan


SEHARI
selepas ditemu bual sebuah stesen televisyen tempatan, seorang wanita di provinsi Benten, Indonesia ditemukan meninggal dunia.


Yuli Nuramelia, 43 yang sebelumnya ditemubual KompasTV mengadu dua hari tidak menjamah makanan kerana terkesan dengan  keadaan ekonomi akibat pendemik koronavirus (Covid-19) 

Wanita yang mempunyai 4 anak itu yang rakaman tembubualnya disiar di Youtube stesen televisyen itu pada 19 April, sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 20 April pukul 3.00 petang.

Kisah pilu Yuli dan keluarganya itu turut viral dalam media sosial di Indonesia, yang dilaporkan hanya meminum air kosong selama 2 hari untuk kelangsungan hidup kerana tidak lagi mampu membeli makanan dan beras.

Ketua kampung Lontar Baru, Dedi Suradjat menolak dakwaan Yuli maut kerana kelaparan.

“Kalau penyebab kematiannya, saya belum tahu, tapi doktor bilang (memberitahu) bukan Covid-19. (Sebab lapar) saya kira bukan itu. Pihak puskesmas (pusat Kesihatan Masyarakat) bilang bukan (meninggal) kerana kelaparan,” katanya.

Bagaimanapun, seorang sukarelawan yang menyampaikan bantuan kepada keluarga itu, Rochman Setiawan, yang dipetik media tempatan, berkata jika ada pihak yang mengatakan keluarga itu tidak kelaparan, adalah satu pembohongan.

KompasTV dalam laporan  terbaharunya pula mendakwa, punca kematian Yuli akibat tekanan dialaminya.

“Kalau ada yang bilang keluarga Ibu Yuli enggak kelaparan, itu bohong. Waktu saya kasi bantuan (pada jam 10 pagi, 20 April) itu roti, langsung dimakan sama anaknya,” katanya dipetik.

Dalam laporan berita Kompas pada 19 April, 2020, bertajuk ‘Memprihatinkan, 1 Keluarga Kelaparan Tak Makan 2 Hari karena Dampak Corona’, turut mengisahkan suami Yuli iaitu Mohamad Holik, 49, kehilangan sumber pendapatan.

Holik yang bekerja sebagai pemungut barang-barang terpakai, tidak lagi dapat menjual barangannya berikutan tempat pembelian barangan itu ditutup susulan pendemik berkenaan.

 

Post a comment

0 Comments