Dr Amalina banggakan M'sia, sertai kajian vaksin Covid-19


DR AMALINA BAKRI, 
doktor bedah Malaysia yang berkhidmat di London dilapor dilantik mengganggotai pasukan mencari vaksin untuk virus koronavirus (Covid-19).

Perkara itu dikongsikan sendiri Dr Nur Amalina di laman mikro Twitternya, semalam.

Difahamkan. beliau bersama ahli pasukannya sedang menjalankan percubaan di Institut Kebangsaan Kajian Perubatan NIHR Kolej Imperial di London.

“Percubaan vaksin pertama UK, diketuai Dr Katrina Pollock, telah bermula di NIHR Kemudahan Kajian Klinikal Imperial di Kolej Imperial.

“Saya terlibat merekrut sukarelawan yang sihat dan memberi vaksin kepada mereka untuk beberapa minggu akan datang,” ciapnya.

Kerajaan negeri itu sebelum ini memperuntukan lebih 2.20 juta pound untuk pusat kajian itu menjalankan usaha mencari vaksin berkenaan. 


Selain Kolej Imperial, Universiti terkenal negara itu, University of Oxford turut menjalankan kajian serupa dengan dengan tambahan dan suntikan dana 20 juta pound.

Post a comment

0 Comments