Dua rakyat M'sia positif Covid-19 di Thailand


PIHAK
berkuasa Thailand mengesahkan 53 disahkan individu baru positif wabak koronavirus (Covid-19) semalam.

Daripada jumlah itu, 42 kes dikesan di Pusat Tahanan Imigresen Sadao di wilayah selatan Songkhla yang dua darinya merupakan warga Malaysia.

“Kami menjalankan pencarian kes aktif di pusat tahanan ini. Kesemua tahanan menjalani ujian COVID-19. Pada masa ini, 42 kes diuji positif.

“Kami masih menunggu keputusan ujian tahanan yang lain,” katanya dipetik Bernama.

Selain dua warga Malaysia, 40 yang lain merupakan dari Myanmar (34), Vietnam (3) serta masing-masing satu dari Yemen, Kemboja dan India yang  kesemuanya ditahan atas kesalahan berkaitan imigresen.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CSSA) Thaweesilp Wissanuyothin bagaimanapun berkata pasukan perubatan telah memberikan rawatan kepada kesemua 42 pesakit di pusat tahanan itu.

Difahamkan, pusat tahanan itu arahkan tutup dari 22 hingga 29 April selepas sekurang-kurangnya empat anggota di sana diuji positif COVID-19.

Setakat kini wabak itu di Thailand telah menjangkiti 2,907. Daripada jumlah itu 2,547 kes telah pulih, 309 masih dirawat dan 51 yang lain menjadi korban pendemik berkenaan.

Post a comment

0 Comments