Ebit Liew berhenti beri sumbangan


PENDAKWAH
dikenali ramai, Ustaz Ebit Lew pengumuman berhenti menyalurkan bantuan kepada pihak yang terkesan susulan pandemik Covid-19

Pengumuman mengejut itu menyusul selepas isu sumbangan dihulurkanya sebelum ini dikritik beberapa pihak.

Menurut Ebit Lew, beliau mendapat nasihat daripada pihak berkuasa kerana terdapat aduan terhadapnya.

“Saya minta maaf pada semua ya, atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung.

“Saya cuma akan beri bantuan duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah.

"Nanti habis PKP (perintah kawalan pergerakan) baru saya cuba bantu,” katanya di akaun Facebook miliknya.

Beberapa hari lalu Ebit dibayangi kontroversi selepas melawat sebuah keluarga daif di Derga, Kedah.

Sementara itu, Ebit turut memohon maaf sekiranya tindakan memuat naik video ketika beliau menyalurkan bantuan telah mengguris hati beberapa pihak.

“Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua.

Tambahnya, beliau juga tidak berniat untuk membuat dirinya tular setelah memberi bantuan kebajikan tersebut.

Sementara itu, Ebit turut menjelaskan, bantuan yang diberikan juga adalah hasil simpanan wangnya sendiri.

“Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana," tegasnya.

Post a comment

0 Comments