Farit Ismeth Emir meninggal dunia.


PEMBACA
berita tersohor Farit Ismeth Emir, meninggal dunia hari ini.


Berita itu dimaklumkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) melalui satu hantaran di laman Facebook mereka.
 
"Farit Ismeth Emir, pembaca berita RTM atau lebih dikenali sebagai “Pak Ngah” di kalangan warga kerja RTM telah menghembuskan nafas terakhir pagi ini.

"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan yg beriman.. Insya-Allah, amin YRA."

Farid Ismeth, 66, adalah penyampai berita veteran dan namanya sinonim dengan berita dunia di di stesen milik kerajaan itu.

Allahyarham terkenal pada era 80-an menerusi berita Dunia Jam 10 di RTM ketika itu dengan gaya bahasanya.

Sebelum terlibat dalam kerjaya penyiaran, Farit bekerja dalam industri perhotelan selama 13 tahun.  Allahyarham pernah memegang jawatan penolong pengurus di Hotel Regent, Kuala Lumpur dan Infront Office Manager di Hotel Hilton, Petaling Jaya.

Post a comment

0 Comments