Jumlah zon hijau meningkat, tiada zon jingga


JUMLAH kawasan dikategorikan sebagai zon hijau bebas koronavirus (Covid-19) di Malaysia meningkat dari 56 kepada 64 kawasan.

Perkembangan positif itu dapat dilihat melalui infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan hari ini.

Lapan zon hijau baharu dicatatkan hari ini ialah Pasir Mas di Kelantan; Bera, Temerloh, Rompin dan Tanah Tinggi Cameron di Pahang; Jempol di Negeri Sembilan dan Tambunan di Sabah.

Infografik berkenaan turut menunjukkan tiada lagi daerah zon jingga  Covid-19 di negara ini apabila kesemua 7 daerah zon jingga dikategori semula sebagai zon kuning hari ini.

Kawasan tersebut ialah Gombak (Selangor), Putrajaya (Wilayah Persekutuan), Dungun (Terengganu), Jasin (Melaka), Tawau (Sabah), Kulai dan Muar (Johor).

Sementara itu, hanya terdapat 13 daerah kekal zon merah berdasarkan kes aktif dengan lebih 40 kes masih dirawat.

Zon merah tersebut ialah Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur); Petaling, Hulu Langat, dan Klang (Selangor);Johor Bahru dan Kluang (Johor); Kuching dan Kota Samarahan (Sarawak) ;Melaka Tengah (Melaka);Seremban (Negeri Sembilan) dan Kuantan (Pahang)

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengkategorikan kawasan dengan 41 kes keatas sebagai Zon merah.

Kawasan yang mempunyai 20 hingga 40 kes dikategorikan sebagai Jingga dan zon kuning ialah kawasan dengan jangkitan di bawah 20 kes.

Sementara zon hijau ialah kawasan dengan sifar kes.

Post a comment

0 Comments