Kematian di AS meningkat 35,000 orang


KEMATIAN
akibat koronavirus (Covid-19) di Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada 35,400 pada Jumaat iaitu peningkatan lebih 2,000 untuk hari ke-4 berturut-turut, menurut Reuters,

Laporan sama mendakwa jumlah kematian di California meningkat 1,000 pada Jumaat, menjadi negeri ke-8 yang mencapai lonjakan itu yang pertama di Pantai Barat .

Perkembangan itu dilihat membimbangkan terutama ketika beberapa negeri mengumumkan jadual untuk menarik balik sekatan bagi menangani pandemik itu.

Setakat kini, AS mencatatkan jumlah kes positif melebihi 700,000. Manakala jumlah kes baru dilaporkan meningkat dalam 3 hari terakhir, dengan 31,425 kes dilaporkan pada Khamis.  

Jangkitan dan kematian disebarkan secara tidak sekata di seluruh negara, dengan tempat yang lebih padat seperti New York menyumbang hampir separuh jumlah kematian di negara itu.

Perintah duduk di rumah di 42 negeri untuk memerangi Covid-19 di AS menyebabkan perniagaan ditutup, mengganggu kehidupan dan ekonomi merosot dan beberapa penunjuk perasaan mulai turun ke jalan untuk mendesak gabenor memikirkan kembali larangan tersebut.

Post a comment

0 Comments