Kes menurun, namun perlu terus patuhi PKP


KEMENTERIAN
Kesihatan memaklumkan jumlah kes baharu harian kurang 100 kes buat kali ketiga minggu ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang medianya berkata, setakat tengah hari tadi, terdapat 54 kes baru yang dilaporkan.

Dengan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kes koronavirus di negara ini kini adalah sebanyak 5,305 kes.

Tambah Dr Noor Hisham, dengan mengambil kira 3,102 kes pulih termasuk 135 hari ini, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 2,115 kes.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan juga memaklumkan dua kematian baru dikaitkan dengan wabak itu  hari ini.

Ia menjadikan jumlah korban keseluruhan akibat pendemik itu di Malaysia kini adalah sebanyak 88.

Berikut merupakan dua kes kematian terbaru:

Kes kematian ke-87 (kes ke-2657) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 60 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 30 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 12 April 2020 jam 3.20 petang.

Kes kematian ke-88 (kes ke-5252) merupakan lelaki warganegara Myanmar berumur 36 tahun yang dirawat di Hospital Selayang pada 17 April 2020 dan datang pada peringkat yang lewat dengan jangkitan paru- paru Severe Acute Respiratory Infection (SARI).

Beliau disahkan meninggal dunia pada hari yang sama pada jam 10.00 pagi
Dalam sidang medianya hari ini, Noor Hisham turut mengingatkan agar semua pihak  merasa selesa dengan penurunan jumlah kes beberapa hari ini . Sebaliknya, beliau menyeru agar semua pihak terus mematuhi PKP.

Post a comment

0 Comments