Kes pulih hampir tiga kali ganda kes baharu


KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan perkembangan positif berkait jumlah pesakit koronavirus yang sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata dengan 201 kes pulih berbanding 69 kes baharu dikesan yang menjadikan jumlah pesakit sembuh hari ini hampir tiga kali ganda kes baharu.

Menurutnya, dengan perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif terkini kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan didiscaj daripada wad adalah sebanyak 2,967 kes atau 56.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurut Dr Noor Hisham turut memaklumkan, 69 kes baharu itu merupakan angka terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan.

Sementara itu tambahnya,dua kes kematian dilaporkan setakat tengah hari tadi, menjadikan jumlah korban keseluruhan seramai 86.

Kes kematian ke-85 melibatkan lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun (Kes 5,064) dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (Kes 4,657) berkaitan dengan kluster PUI Bali.

Mangsa sebelum ini dirawat di pusat perubatan swasta kerana menghidap barah darah sebelum dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan pada 15 April dan meninggal dunia pada jam 3.30 petang semalam.

Sementara itu, kematian ke 86 pula (Kes 5,183) ialah lelaki wara negara Malaysia dengan sejarah penyakit lain. Mangsa pernah ada kontak rapat dengan pesakit Kes 2,321 dan di rawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya pada 1 April dan meninggal dunia pada jam 8.56 malam tadi.

Setakat kini kes aktif yang sedang dirawat adalah 2,198 kes. 51 kes di rawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 26 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Post a comment

0 Comments