Ketua jururawat maut kemalangan ke tempat kerja


SEORANG  ketua jururawat maut dalam kemalangan ke tempat kerjanya pagi semalam.

Sharimah@Rahimah Ramly, 40, dilaporkan meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Tanjong Karang apabila kereta Toyota Vios dipandunya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 5 Jalan Tanjong Karang-Rawang.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa mengesahkan kejadian itu.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik tepi jalan," katanya.

Tambah Ramli, akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Tanjong Karang dengan ambulans.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.13 pagi," tambahnya lagi.

Susulan itu jelas Ramli, polis membuka kertas siasatan berhubung kemalangan berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Post a comment

0 Comments