KKM belum pastikan tamat atau sambung PKP

 
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM)  belum dapat memastikan apakah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan akan ditamatkan atau sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementeriannya masih sedang memantau data-data yang diperoleh setiap hari.

"Sama ada PKP disambung atau tidak, kita masih belum lagi membuat sebarang keputusan," katanya dipetik.

Tegasnya, terdapat enam kriteria yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) perlu dipenuhi sebelum keputusan menamatkan PKP boleh dibuat.
 
"Yang pertama adalah kawalan sempadan yang mana berkemungkinan datang ke negara ini membawa penyakit," katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.

Selain itu jelasnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), WHO turut menggariskan sistem kesihatan.

"Ia melibatkan kapasiti makmal dan sistem keselamatan di wad serta unit rawatan rapi (ICU)," katanya.

Justeru tegasnya, kerajaan perlu mengambil tindakan untuk melindungi golongan berisiko tinggi termasuklah mereka yang mempunyai penyakit kronik lain dan berada dalam rawatan kimoterapi.

"WHO turut menggariskan rakyat perlu bersama dengan kerajaan dengan melaksanakan normal baharu selain mengenalpasti kawasan dan langkah-langkah pencegahan jangkitan Covid-19," katanya.
 

Post a comment

0 Comments