KLSCM 2020 dibatalkan


ACARA
tahunan Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2020 yang sepatutnya diadakan pada 13 dan 14 Jun ini dibatalkan.

Keputusan mengenainya dimaklumkan penganjur KLSCM, Dirigo Events melalui satu kenyataan.

"Memandangkan situasi penularan wabak COVID-19 yang semakin teruk, Dirigo Events dengan ini mengumumkan pembatalan acara KLSCM 2020," kata mereka.

Susulan itu tambah penganjur,  peserta yang telah mendaftar untuk acara itu tahun ini akan didaftarkan secara automatik tahun hadapan.

Manakala acara KLSCM 2021 akan diadakan sekitar tarikh yang sama, iaitu minggu kedua bulan Jun 2021.Namun pengumuman tarikhnya akan dibuat kemudian bergantung kepada keputusan dan kebenaran pihak berkuasa tempatan

Penganjur turut memaklumkan semua acara sampingan KLSCM -- termasuk klinik larian, pengambilan baju (Race Entry Pack Collection), dan Ekspo Gaya Hidup Aktif yang dirancang tahun ini juga dibatalkan.

Bagaimanapun, acara amal Run For A Reason akan diteruskan hingga 14 Mei dan semua dana terkumpul akan terus disalurkan kepada badan-badan amal yang telah diumumkan sebelum ini.

Post a comment

0 Comments