Kulai dikategorikan zon Merah


SEBUAH lagi daerah di Johor kini diletakkan dibawah Zon merah jangkitan koronavirus (Covid-19).

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, daerah Kulai kini mencatatkan mencatatkan 41 kes jangkitan wabak itu sekaligus menjadikan daerah itu sebagai zon merah ke-29 di negara ini.

Di Johor lima daerah dikategorikan zebagai zon merah termasuk Kulai, daerah lain ialah Kluang (221 kes), Johor Bahru (187), Batu Pahat (52) dan Muar (47).

Zon merah merujuk kepada daerah yang mencatat lebih daripada 40 kes Covid-19 secara kumulatif.

Daerah yang mencatatkan 20 hingga 40 kes dilabel sebagai zon jingga sementara daerah yang mencatat di bawah 20 kes disenaraikan sebagai zon kuning.

Zon hijau pula digunakan untuk menggambarkan daerah yang bebas dari jangkitan Covid-19.

Berdasarkan data kumulatif, zon merah lain adalah Rembau, Seremban, Jasin, Melaka Tengah, Titiwangsa, LEmbah Pantai, Kepong, Cheras, Putrajaya, Hulu Selangor, Sepang, Klang, Gombak, Hulu Langat, Petaling, Hilir Perak, Kinta, Kota Bharu, Kuching, Kota Samarahan, Kota Kinabalu dan Tawau.

Bagaimanapun,  Kementerian Kesihatan sebelum ini berkata pihak mereka sedang mempertimbangkan untuk mentakrifkan semula zon berdasarkan angka kes aktif, atau data pesakit yang masih belum sembuh dan boleh menjangkiti orang lain.

Malaysiakini dalam laporannya baru-baru ini mendapati lebih daripada satu pertiga, atau 11 dari zon merah kini sebenarnya mempunyai kurang dari 40 kes aktif seperti dilapor sebelum ini.

Kulai menurut portal itu walaupun mempunyai 41 kes kumulatif, hanya 19 yang masih aktif.

Post a comment

0 Comments