Lelaki maut disambar petir


DUA
lelaki yang sedang berehat di bangsal rehat hadapan sebuah rumah di Sik, Kedah maut disambar petir.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, Idrus Ahmad, 35, dan Mohd Zulkefli Kasim, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Semasa hujan lebat dan ribut petir, kedua-dua mangsa yang berada di tempat kejadian telah terkena panahan petir. Siasatan awal kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian," kata Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdul Razak Osman dalam satu kenyataan ringkas

Susulan itu tambah Abdul Razak, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sik untuk bedah siasat, manakala siasatan lanjut berhubung kejadian itu akan dijalankan.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sik Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sik mendapat maklumat mengenai kejadian ribut di daerah itu, yang berlaku antara 5.30 petang hingga 6.15 petang tadi.

Katanya, ribut yang melanda di beberapa kawasan di daerah itu menyebabkan kerosakan kepada rumah penduduk dan bangunan lain selain menyebabkan pokok tumbang, namun pihaknya belum memperoleh maklumat terperinci jumlah rumah yang terlibat.

"APM Sik menerima beberapa panggilan dari sekitar daerah Sik berhubung kejadian pokok tumbang yang kena rumah penduduk, di Kampung Tanjong Kampung Sena dan Beris Jaya," katanya dipetik laporan Bernama

Post a comment

0 Comments