Malaysia berjaya kawal lekuk jangkitan Covid-19


MALAYSIA
dianggap berjaya mengurangkan impak penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya berkata, lekuk jangkitan Covid-19 berjaya dilandaikan, dan negara kini memasuki fasa pemulihan.

Jelasnya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan pemeriksaan terhadap model ramalan (predictive model), di mana data pada 3 April menunjukkan 217 kes, dan tiada peningkatan kes baru melebihi angka itu selepas tempoh berkenaan.

"Kita dalam fasa pemulihan, bukan fasa puncak. Kita harap dapat meneruskan momentum ini dan mengurangkan kes.

"Tetapi jika kita kurang berwaspada, mungkin akan berlaku peningkatan mendadak.

"Penting untuk kita teruskan (perintah kawalan pergerakan) dari fasa 1 dan fasa 2," katanya di Putrajaya, hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) pada awalnya menjangka kemuncak pada 14 April dengan 6,300 kes, tetapi ia tidak berlaku.

"Kita melihat sedikit kejayaan daripada PKP fasa satu, dua dan tiga. Kita berjaya kawal, landaikan lekuk dan kawal kes (jangkitan baru)," tambahnya ketika menjawab soalan berkenaan sama ada Malaysia mungkin akan menghadapi kemuncak jangkitan baru Covid-19 yang kedua.

Post a comment

0 Comments