Malaysia catat hari kelima kes bawah dua angka


MALAYSIA mencatatkan hari kelima angka jangkitan baru koronavirus (Covid-19) dibawah 100 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 57 kes baru dicatatkan hari ini diikuti dengan 3 kematian.

“Daripada 57 kes, 18 kes import daripada warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara. 39 kes kes penularan tempatan,” kata pada sidang media di Putrajaya.

Mengulas kes kematian yang dilaporkan hari ini, ia melibatkan warga tempatan berusia antara 72 tahun hingga 92 tahun:

Kes kematian ke-90 (kes jangkitan ke-2050) merupakan perempuan berumur 72 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. mangsa merupakan ibu kepada kes jangkitan ke-2053.

Mangsa jelasnya dirawat di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada 27 Mac dan disahkan meninggal dunia pada 20 Apr 1.47 tengah hari.

"Kes kematian ke-91 (kes jangkitan ke-4090) merupakan lelaki berumur 69 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 6 Apr dan disahkan meninggal dunia pada 21 Apr 2.28 pagi.

"Kes kematian ke-92 (kes jangkitan ke-5332) merupakan lelaki berumur 92 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dementia. Mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 iaitu kes jangkitan ke-4711. Dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Apr dan disahkan meninggal dunia pada 21 Apr 1.30 pagi," kata Dr Noor Hisham.

Sementara itu tambahnya, 43 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi, dengan 27 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Seramai 54 pesakit pula telah pulih dan dibenarkan keluar wad.

Dengan perkembangan terbaharu itu, Dr Noor Hisham memaklumkan secara keseluruhan, 3,349 kes sembuh berbanding 2,041 kes aktif dan 92 kematian.

Post a comment

0 Comments