Malaysia lewat tangani kluster tabligh - Dr Noor Hisham


MALAYSIA
lewat menjalankan usaha membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19) dari kluster himpunan tabligh Seri Petaling.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara lewat selama 9 hari dan hanya mengetahui perkara itu pada hari ke-10 daripada pihak berkuasa Brunei.

Ketika itu jangkitan wabak sudah mula menular ke kampung dan mukim.

“Kalau tidak ada perhimpunan Sri Petaling, mungkin kes kita kurang dari Thailand.

“Itu jangkaan kita, sebab kita lihat 30% hingga 40% jangkitan (kes keseluruhan) ada kaitan dengan perhimpunan Sri Petaling,” kata Dr Noor Hisham.

Beliau sebelumnya mengulas unjuran Malaysia untuk mencapai angka 1 digit kes baru Covid-19 selepas Thailand mengalami trend tersebut selama 2 dua hari berturut-turut.

Bagaimanapun Dr Noor Hisham memberitahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagaimanapun berjaya mengekang penularan jangkitan dari kluster himpunan tersebut.

“Tapi setakat ini, kita berjaya capai 2 angka dalam tempoh 2 minggu berturut-turut,” katanya.

Setakat ini seramai 33,086 individu dari kluster tersebut sudah disaring dengan 32,122 sampel diambil.

Daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 2,155 kes positif dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,851 kes.

Post a comment

0 Comments