Timbalan menteri dakwa tahu ada kelulusan


SEORANG timbalan menteri dibawah pentadbiran Muhyiddin Yasin menafikan pihaknya tidak mengetahui kebenaran yang dikeluarkan sebuah kementerian kepada syarikat pengeluar arak.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Rosol Wahid melalui laporan Metro berkata, pengecualian diberikan kepada syarikat itu dalam tempoh Kawalan Perintah Pergerakan (PKP) turut diketahui Menteri KPDNHEP, Alexander Nanta Linggi.

“Ada laporan mengatakan menteri dan saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad, itu tidak betul, kami tahu.

Bagaimanapun jelasnya, kebenaran tersebut adalah bagi pergerakan mengedar stok sedia ada dan bukannya kebenaran beroperasi.

"Mungkin orang ramai salah faham mengenai surat yang tular itu. KPDNHEP tidak ada kuasa memberi kebenaran beroperasi, itu di bawah kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI),” katanya menurut laporan itu.

Sebagai rekod,Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai menteri MITI dibawah pentadbiran Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, warganet mempersoal mengapa sebuah syarikat pengeluar minuman keras mendapat 'keistimewaan' bagi pergerakan ketika PKP dilaksanakan, mereka turut mempersoalkan apakah arak merupakan barangan penting kritikal yang diperlukan rakyat.

Mereka beranggapan tindakan itu sebagai sengaja mempersenda sensitiviti umat Islam.

Sementara itu,  Rosol Wahid memberi alasan, kelulusan pengedaran stok itu diberikan setelah kementeriannya dimaklumkan mengenai jumlah kerugian dianggarkan berjumlah RM340 juta dan mengambil kira kepentingan semua pihak.

Post a comment

0 Comments