M'sia capai kemuncak jangkitan minggu depan - WHO


PERTUBUHAN
Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia dijangka mencapai kemuncak pada pertengahan bulan ini.

Demikian kata wakil pertubuhan itu ke Malaysia, Brunie dan Singapura, Ying- Ru Lo yang dipetik Reuters.

“Berdasarkan data sedia ada, Pejabat Negara WHO menganggarkan Malaysia akan menyaksikan lonjakan dalam kes yang dimasukkan ke hospital pada pertengahan April,” kata menurut satu laporan media.

Tambahnya lagi, jumlah pesakit kritikal dianggarkan mencapai kemuncak pada minggu depan.

Sebagai rekod, Malaysia kini menguatkuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak yang telah meragut lebih 51,000 nyawa di seluruh dunia itu.

Di Malaysia, sebanyak 3,116 kes positif koronavirus direkodkan sehingga semalam, sementara kes kematian telah mencecah lebih 50 orang.

Post a comment

0 Comments