M'sia catat 94 kes baru, tiada kematian baru


KETUA
Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan 94 kes jangkitan baharu berkaitan koronavirus (Covid-19).

Perkembangan terkini itu menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang direkodkan di negara ini setakat Rabu ialah 5,945.

Menurut Dr Noor Hisham kes baru dilaporkan hari ini terdiri daripada 72 kes import melibatkan warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan (local transmission) adalah 22 kes sahaja,” katanya dalam sidang media di Putrajaya siang tadi.

Pada sidang media itu juga Dr Noor Hisham memaklumkan 55 lagi pesakit pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang telah sembuh setakat ini ialah 4,087 atau 68.75 peratus.

Beliau turut mengumumkan tiada kes kematian baru direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.


Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah kes aktif berkait Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 1,758. Daripada jumlah itu seramai 40 pesakit sedang dirawat di unit rawatan rapi.

18 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
 

Post a comment

0 Comments