Mukhriz mahu saman pihak sebar fitnah


MENTERI BESAR
Kedah Mukhriz Mahathir menafikan dakwaan kononnya pihak atau wakil pejabatnya membuat laporan yang membawa kepada siasatan polis terhadap Ustaz Ebit Lew.

Mukhriz berkata, beliau tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk membuat laporan seperti didakwa pihak tertentu di media sosial baru-baru ini

“Saya kesal dengan tularan yang mengaitkan saya dan Pejabat Menteri Besar Kedah kononnya dermawan dan tokoh motivasi Ustaz Ebit Lew disoal-siasat di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman susulan laporan difailkan oleh pegawai saya.
Kenyataan Menteri Besar Kedah


“Siasatan dalaman mendapati tiada pegawai saya  membuat laporan polis, walaupun atas kapasiti peribadi," kata Mukhriz dalam satu kenyataan.

Ustaz Ebit Liew semalam mengumumkan  menghentikan bantuan secara langsung kepada golongan memerlukan ketika PKP.

Ia selepas dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman tidak lama selepas tindakannya membantu satu keluarga di Kedah sehingga mencetuskan kontroversi berlaku.

Sementara itu,  Mukhriz berkata pihaknya sedang mempertimbang untuk menyaman mana-mana pihak yang membuat tuduhan tersebut termasuk di media sosial yang menyebabkan namanya dan pentadbiran kerajaan negeri tercemar.

“Saya ingin menjelaskan di sini bahawa pentabiran kerajaan negeri Kedah tidak menyekat mana-mana pihak yang membuat kebajikan demi kesejahteraan masyarakat, asalkan ia mematuhi peraturan dan syarat yang ditetapkan, termasuk peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan serta panduan penjagaan kesihatan bagi mengelak jangkitan Covid-19,” katanya.

Mukhriz sementara itu mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk ustaz Ebit Lew yang telah bermurah hari membantu rakyat negeri jelapang padi itu.

Post a comment

0 Comments