Pelajar zon hijau dibenar pulang, PKPD Simpang Renggam tamat


KIRA-KIRA
1,128 pelajar institusi pengajian tinggi tempatan bakal dihantar balik ke kampung masing dalam tempoh 24 jam bermula malam ini.

Difahamkan, daripada jumlah itu, seramai 863 pelajar akan dihantar pulang dari zon tengah ke zon utara malam ini.

Manakala 265 pelajar akan dihantar pulang dari zon utara ke zon tengah pada malam esok.

“Proses penghantaran pulang itu melibatkan sembilan universiti, 49 buah bas, ke 17 destinasi.

“Bas akan disanitasi tiga jam sebelum bertolak ke destinasi, selain bagasi yang dibawa pelajar terbabit juga akan disanitasi,” kata Ismail Sabri Yaakob  di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, hanya seorang ahli keluarga yang mempunyai kenderaan dibenarkan mengambil pelajar  setibanya mereka di ‘drop-off’ pointdiettapkan sekitar 9 pagi nanti.

Bagi mereka yang tiada kenderaan, pihak barisan hadapan akan menghantar pelajar terus ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, penghantaran pulang pelajar ke Sarawak dan Sabah pula akan dilakukan bermula 1 Mei ini, ia dijangka membabitkan 85 peratus atau 53,000 pelajar.

Semalam, pentadbiran Muhyiddin mengumumkan untuk membenarkan pelajar yang berada dalam zon hijau  pulang ke kampung mereka yang juga terletak dalam zon hijau.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri mengumumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Datuk Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Datuk Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, akan tamat esok.

Bagaimanapun, PKPD di Sungai Lui, Selangor yang bermula pada 29 Mac lalu dilanjutkan sehingga 5 Mei ini namun cuma terhad di Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah dan sebuah rumah di Batu 23, Kampung Payar Lebar.

Post a comment

0 Comments