Pelakon Irrfan Khan meninggal dunia



PELAKON terkenal India, Irrfan Khan meninggal dunia selepas bertarung dengan komplikasi kesihatan disebabkan jangkitan kolon pada Rabu.

Irrfan yang menempa kejayaan di Bollywood melalui filem Slumdog Millionaire, Life of Pi, Jurassic World, dan The Amazing Spiderman.

Difahamkan, pelakon berusia 53 tahun itu dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Kokilaben, Mumbai dan menghabiskan saat-saat terakhirnya bersama isterinya Sutapa Sikdar, dua anaknya, Babil dan Ayan Khan serta keluarganya.

"Dia seorang lelaki yang tidak banyak berkata-kata dan aktor yang banyak melahirkan ekspresi melalui renungan mata yang tajam dan lakonannya di layar perak tak dapat dilupakan.

"Selepas dikejutkan dengan berita barah yang jarang berlaku, dia berjuang dalam banyak pertarungan untuk hidup.

"Lebih menyedihkan bahawa hari ini, kita harus menyampaikan berita mengenai pemergiannya.," kata jurucakap kepada keluarga pelakon itu dalam satu kenyataan.

Pada Mac 2018, Irrfan Khan mendedahkan didiagnos dengan tumor neuroendokrin,  aktor terbabit akhirnya pulih dan berpeluang menjalani penggambaran filem terakhirnya, Angrezi Medium.

Naskhah tersebut sepatutnya ditayangkan pada Mac lalu namun ditangguh ekoran pandemik Covid-19.

Irrfan sudah membintangi lebih 100 filem dan memenangi pelbagai anugerah hasil karya lakonan yang mantap.

Post a comment

0 Comments