Pemimpin PN dikritik langgar PKP


TINDAKAN
Timbalan Menteri Kesihatan Noor Azmi Ghazali serta seorang Exco kerajaan Perak Razman Zakaria menikmati makanan secara beramai-ramai tanpa 'penjara sosial' ketika Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasa mengundang kritikan ramai.

Tindakan itu dianggap sebagai tidak mencerminkan sikap wajar yang harus ditonjolkan seorang menteri terutama ketika pasukan barisan hadapan bertungkus lumus menangani penularan Covid-19 dan rakyat diminta diam dirumah. 

Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Saifuddin Nasution melalui muat naik di laman Facebooknya menganggap tindakan timbalan menteri itu seolah-olah meremahkan peraturan dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

Gambar 'kenduri' yang tular
sana ke sini membawa rombongan untuk lawatan bukan kritikal, makan berjemaah, berkongsi lauk (meningkatkan risiko jangkitan) dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.

"Sungguh tidak bertanggungjawab dan menunjukkan contoh yang teruk kepada rakyat. Harap tiada kluster baru yang berpunca daripada lawatan sebegini," katanya.

Sejak semalam, warganet berkongsikan gambar Azmi dan Razman bersama kumpulannya sedang makan berkumpulan ketika hadir ke sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong, Perak.

Warganet mempersoalkan mengapa ia boleh dilakukan ketika media dalam masa serupa melaporkan tindakan lebih tegas telah diambil terhadap rakyat yang ingkat PKP. 


Letak jawatan

Tindakan Azmi itu turut mendapat perhatian seorang pemimpin Umno. Mohamed Khaled Nordin berkata, jika di negara lain pemimpin kerajaan yang melanggar peraturan sedemikian rupa telah bertindak meletak jawatan.

"Bukan sebarang timbalan menteri tetapi timbalan menteri kesihatan, tidak menunjukkan contoh teladan yang baik dalam masa PKP ketika ini.

"Di negara lain seperti New Zealand, menteri kesihatannya letak jawatan kerana melanggar peraturan 'lockdown', begitu juga orang awam di negara masing-masing melahirkan kemarahan kepada menteri perumahan UK (United Kingdom) dan menteri komunikasi South Afrika (Afrika Selatan) atas sebab yang sama.

"Kita tidak mahu ada peraturan-peraturan yang berbeza, kepimpinan mesti tunjukkan tauladan," tulis beliau di Instagramnya, hari ini.

Untuk rekod, Menteri Kesihatan New Zealand David Clark sebelum ini meletakkan jawatan selepas mengaku melanggah perintah berkurung apabila membawa keluarganya ke pantai.

Meskipun menolak peletakan jawatan itu kerana Clark sedang menerajui usaha membendung Covid-19 di negaranya, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden memecat Clark daripada jawatan menteri kewangan bersekutu dan meletakkannya pada kedudukan bawah dalam senarai menteri kabinet.

Menteri lain yang turut mendapat kecaman serupa adalah Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar yang mengadakan pertemuan dengan bekas menteri besar Ahmad Said.

Turut mendapat kecaman, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Abdul Rahman Mohamad yang berkujung ke rumah rakan politiknya bersama rombongan dan menikmati jamuan makan tengah hari.
 

Post a comment

0 Comments